Alhamdulilah kerana hari ini diberi lagi peluang untuk ana post entry untuk kali ini, masih lagi bernafas di petang jumaat yang barakah ini. Entry kali ini yang ingin dicoretkan 'Andai itu takdirNya'. Tiada yang mampu untuk dikatakan tapi itu lah yang tajuk terlahir dari ilham ini tatkala qalbu terasa pilu mungkin iaNya sahaja yang mengetahui dan tak mampu untuk ana hadirkan.
Ya Allah andai itu takdirnya yang engkau tetapkan
Jadikanlah aku seorang hamba yang kuat dalam setiap ujian hatimu
Tatkala bukan ujian besar menimpa tapi cukup untukku tahu
sekecil kesedihan dan kesakitan yang ku rasakan
telahku pelajari yang ku sedang diujimu, Ya Allah....
Ya Allah andai yang apa ku rasakan ini menjadikan ku
Tunduk dan rendah patuh padamu ujilahku seandai dayaku
semoga kesedihan dan kesakitan yang aku rasakan ini mampu
memadamkan semua dosaku untuk menjadi muslimah sejatimu, Ya Allah...
Ya Allah mungkin dulu kau berikanku sebutir mutiara yang bernilai
Ku kira terbaik untukku kelak untuk mampu menjadi imamku kelak
Tapi sekiranya ujian hati ini yang kau berikan untuk jadi yang terbaik
Relakan dan redhakanlah hatiku untuk melepaskan mutiara
yang kau berikan itu pergi bersama pemilik cinta sejatinya
Jadikanlah hati ini kuat untukku lebuh mencintaiMu lebih dari segalanya.
Ya allah mungkin kerana melepaskan mutiara itu pada pencintanya
kerana agamamu menjadikanku lebih redha dengan perancanganmu Ya allah
Dan kerana andai itu takdirnya menjadikanku untuk dapat yang terbaik
ikhlaskanlah ku Ya Allah untuk membiarkan mutiara pencintaMu kepada
yang mencintaiNya semogaku akan lebih tenang berada dijalanMu...Ya Allah.
follow here. follow me back k :)
ReplyDelete=)
ReplyDelete